Video link here https://youtu.be/Pw9_epjxnUs
Perbahasan YB Wong Hon Wai (Ahli Parlimen Bukit Bendera) semasa bacaan kali Kedua Rang Undang-Undang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (Pindaan) 2019 pada 4/12/2019
Perbahasan YB Wong Hon Wai (Ahli Parlimen Bukit Bendera) semasa bacaan kali Kedua Rang Undang-Undang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (Pindaan) 2019 pada 4/12/2019
terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terutama sekali saya ingin mengalu-alukan terhadap pindaan Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991 ini dan antara pindaan tadi disebut oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi ialah tentang pemindahan secara sukarela dua peratus daripada caruman KWSP, share pekerja kepada akaun KWSP isterinya yang sah.
Saya rasa ini adalah satu polisi pengumuman yang baik dan mengalu- alukannya kerana dapat mewujudkan jaringan keselamatan sosial kepada isteri. Saya juga perhatikan bahawa bil ini tidak akan melibatkan kerajaan dalam apa-apa perbelanjaan wang tambahan. Sebenarnya dua peratus ini kalau kita zoom in, ia merupakan satu pemindahan daripada share suami kepada isteri.
Selain daripada itu, saya dapati satu pindaan yang saya rasa baik juga, melindungi kepentingan ahli untuk mendapatkan tunggakan caruman daripada majikan. Di bawah pindaan yang dicadangkan seksyen 39, KWSP boleh mengeluarkan perakuan kepada Ketua Pengarah Imigresen tanpa perintah mahkamah jika KWSP mempunyai sebab untuk mempercayai orang itu akan atau berkemungkinan untuk meninggalkan Malaysia tanpa membayar caruman. Saya ingin mendapatkan pengesahan daripada Timbalan Menteri bahawa kerana apabila ada satu kuasa kepada Ketua Pengarah Imigresen, sama ada, ada satu web-based system untuk membuat pemeriksaan bagi pihak pengguna? Kalau majikan dia berasa waswas sama ada dia membuat bayaran sepenuhnya, kalau boleh ada satu web-based system supaya mereka key in nama syarikat, nama IC, nombor syarikat, mereka boleh tahu bahawa mereka ada tunggakan atau tidak. Ini kerana kalau tidak, ini akan mendatangkan masalah apabila flight ticket sudah semua sudah booking selesai, sampai airport baru tahu bahawa tak boleh keluar. Saya rasa itu kita perlu menyeimbangkan, memberikan keadilan juga kepada majikan-majikan kerana mereka perlu given advance notice kerana apabila kalau majikan yang mempunyai organisasi yang besar – sama ada satu threshold kalau kurang daripada tunggakan kurang beberapa ribu ringgit, boleh diberi kelonggaran.
Tujuan kita ialah untuk menggalakkan atau memaksa majikan untuk membuat pembayaran terhadap caruman pekerja, tetapi kita juga tidak ingin melihat bahawa ini menjejaskan pergerakan majikan-majikan. Saya rasa satu keseimbangan boleh dibuat untuk melindungi juga dan pada masa yang sama, ahli-ahli KWSP, pekerja-pekerja mendapat perlindungan yang sepenuhnya supaya share mereka perlu – tunggakan yang caruman daripada majikan dibayar sepenuhnya.
Satu pindaan yang saya dapati adalah iaitu akaun emas caruman ahli antara umur 55 hingga 60 tahun. Pindaan terhadap seksyen 55A(2) dan 55B(3), pengeluaran kesemua simpanan dibenarkan bagi ahli yang telah mencapai umur 55 tahun apabila hilang upaya ataupun meninggalkan negara. Saya dapati meninggalkan negara ini adalah sebenarnya bukan - Seorang warganegara Malaysia tidak akan meninggalkan Malaysia. Kalau ini untuk akaun emas, saya rasa ini pindaan ini boleh membantu pekerja.
Lagi satu pindaan yang telah dicadangkan dalam rang undang-undang ini, tadbir urus sejajar perkembangan semasa dengan tambahan jawatan-jawatan baharu dalam penstrukturan semula dari segi Lembaga. Saya rujuk kepada fasal 2 apabila sub fasal 2(e) menyatakan bahawa hendaklah dilantik dalam kalangan orang yang mempunyai pengetahuan dan pengalaman dalam kewangan, perniagaan, ekonomi, keselamatan sosial atau pengetahuan dan pengalaman lain yang berkaitan. Ini adalah berkaitan dengan ahli Lembaga.
Saya ingin tahu bahawa apabila terdapat penambahan bilangan ahli lembaga daripada enam hingga lapan orang dengan syarat satu lagi term limit tidak melebihi 12 tahun. Saya ingin tahu, berapakah implikasi kewangan kepada KWSP kerana sudah sebut tadi tiada implikasi kewangan kepada kerajaan.
Oleh itu implikasi kewangan semestinya daripada KWSP dengan tambahan. Apakah implikasi kewangan untuk tambahan dua ahli lembaga ini dan berapakah remuneration seorang Ahli Lembaga KWSP supaya kita dapat tahu sama ada Ahli Lembaga KWSP mendapat satu upah ataupun satu elaun yang berpatutan. Kita ingin reward kepada orang-orang yang berkelayakan satu elaun yang berpatutan tetapi pada satu hal kita juga tidak ingin melihat supaya elaun yang diterima oleh ahli lembaga keterlaluan, satu keseimbangan. Minta maklumat tersebut. Saya juga ingin menanyakan kerana di bawah fasal 5, di bawah pindaan rang undang- undang ini telah dinyatakan bahawa wakil ataupun keahlian Gabenor Bank Negara Malaysia ataupun wakilnya dikeluarkan daripada panel pelaburan. Dinyatakan juga dalam huraian rang undang-undang ini mengelakkan apa-apa konflik kepentingan dalam menunaikan
tanggungjawabnya.
Saya pun hairan kerana Gabenor Bank Negara atana tahu wakilnya, sebenarnya
Saya pun hairan kerana Gabenor Bank Negara atana tahu wakilnya, sebenarnya
menjalankan tugas mereka di bawah Akta Bank Negara seperti yang kita debate semalam. Apakah maksud konflik kepentingan yang dimaksudkan kerana keahlian mereka telah dikeluarkan daripada panel ini. Saya rasa ini perlu kita mendengar penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri.
Satu lagi saya ingin membangkitkan secara dasar untuk KWSP kerana apabila Malaysia menuju ke tahap pembangunan yang lebih tinggi dan juga purata jangka hayat hidup orang Malaysia, rakyat Malaysia telah sampai ke umur 75 tahun. Apabila lelaki dijangkakan 73 tahun dan wanita jangka hayat lebih panjang 78 tahun, oleh itu apabila compulsory retirement bersara secara wajib pada 60 tahun dan mengikut statistik ahli KWSP, 65 peratus ahli KWSP berumur 54 tahun mempunyai jumlah simpanan kurang daripada RM50,000. Hanya 31 peratus ahli aktif KWSP mencapai simpanan asas RM240,000.
Oleh itu apabila 60 tahun sampai kepada jangka hayat purata 75 tahun, sepanjang 15 tahun mereka enjoying persaraan ataupun retirement tetapi wang KWSP simpanan mereka tidak cukup. Saya rasa itu kita banyak baca laporan bahawa ada yang habis menggunakan wang KWSP sebab sudah umur lima tahun selepas pengeluaran ataupun tujuh tahun, lapan tahun selepas pengeluaran. Mereka masih lagi ada begitu panjang dan sampai ada kita walaupun saya kata itu purata jangka hidup, bagaimana yang mereka sampai 80, 85 dan yang lebih lanjut lagi.
Saya tidak nampak pindaan dalam kali ini ialah pindaan berkenaan bagaimana kita ada satu strategi untuk supaya ahli-ahli KWSP boleh menabung ataupun menggunakan tabungan KWSP mereka supaya boleh cover sampai jangka hayat yang dijangkakan. Saya rasa itu perlu diberi perhatian serius oleh ahli lembaga dan juga pihak kerajaan memandangkan KWSP memainkan peranan yang begitu penting sebagai payung, sebagai satu tabung yang begitu penting untuk persaraan.
Saya rasa kita perlu memandang serius terhadap ketidakcukupan simpanan persaraan ini dan menggunakan strategi-strategi supaya kita dapat melindungi ahli-ahli KWSP supaya mereka dapat bersara dengan wang yang secukupnya. Itulah seperti yang saya sebut tadi dan saya mohon untuk menyokong pindaan ini. Sekian, terima kasih.
No comments:
Post a Comment